KECANTIKAN

Obsess Cosmetics Foundation Nombor 1 Full Coverage

Dec 26, 2020

Obsess Cosmetics Foundation Nombor 1 Full Coverage – Dah agak lama saya tak share mengenai dunia kecantikan kan?So malam ni saya nak share mengenai foundation full coverage yang menjadi pilihan saya sekarang.Sehingga ke hari ni sudah hampir 5 bekas saya dah pakai.Menunjukkan betapa gemarnya saya dengan foundation yang menjadi pilihan ramai pengguna di luar sana hari ini.

Saya mula menggunakan Obsess Cosmetics Foundation sejak awal Ogos yang lepas.Dah pasang niat nak pakai tu dah lama.Tapi Ogos baru ada kesempatan nak beli.Pada mulanya saya ambil kod medium.Kemudian saya perasan muka saya menjadi sedikit gelap.Tapi saya habiskan dulu satu bekas dulu.Next restock saya ambil kod paling cerah iaitu Light.Takut sebenarnya nak ambil kod light bimbang terlajak putih nanti.Tapi saya tawakal je masa tu.

So bila dah pakai kod light,nampak ngam dan sesuai pulak dengan kulit saya.Tak cerah sangat dan tak gelap sangat.Saya punya kulit ni kulit sawo matang.Jadi kod light tu sesuai la dengan kulit melayu kita.Ok jom saya share lebih banyak lagi kelebihan Obsess Cosmetics Foundation ni.BB Cushion ni ada 3 kod iaitu Vanilla (Light) , Ginger (Medium) dan Dark .

Obsess Cosmetics Bite Me Cushion – DD Cushion Treatment Foundation SPF50

Foundation dalam bentuk compact ini merupakan treatment foundation dimana selain bertindak sebagai alas bedak,ianya juga mampu memberikan kesan seperti pemakaian skincare.Selain itu BB Cushion Obsess ini membrikan kemasan matte dan sangat ringan pada muka.Obsess Cosmetics Foundation ini mempunyai Olive oil, Geranium dan Bearberry untuk membantu meredakan kulit sensitif dan boleh bantu membunuh bakteria pada kulit punca masalah jerawat. So dengan penggunaan kerap, boleh bantu hilangkan parut jerawat dan cerahkan kulit juga.

Kandungan Obsess Cosmetics Foundation SPF50

INGREDIENTS :Aqua, Cyclopentasiloxane, Titanium Dioxide, Propylene Glycol, Diisostearyl Malate, Talc, Isononyl Isononanoate, Caprylic / Capric Triglyceride, Glycerin, Polyglyceryl-4-Isostearate, Iron Oxides, Squalane (Olive), Dipentaerythrityl Tri-Polyhydroxystearate, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Hexyl Laurate, Polyglyceryl-2 Dipolyhydroxystreate, Polyglyceryl-3 Diisostearate, Hydrogen Dimethicone, Stearic Acid, Alumina, Phenoxyethanol, Fragrance, Disteardimonium Hectorite, Aluminum Hydroxide, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Propylene Carbonate, Arctostaphylos Uva Ursi (Bearberry) Leaf Extract, Geranium Maculatum (Geranium) Oil, Ethylhexyl Glycerin.

Cara Pakai Obsess Cosmetics Foundation SPF50

Cara pakai dia sangat mudah.Sebelum pakai Obsess Cosmetics Foundation ni, korang boleh pakai dulu toner,moisturizer dan sunscreen macam biasa.Lepas tu,pakai Obsess Cosmetics Foundation tu menggunakan sponge yang diberi.Dap macam biasa dan ratakan keseluruh muka.Foundation ni sekali tekan je dah cukup untuk satu muka.

Kelebihan Obsess Cosmetics Foundation Spf 50

Tekstur yang ringan
Menutupi cela pada kulit wajah
Melicinkan kulit muka dengan kemasan tekstur yang ringan dan sekata
Travel size dan compact dilengkapi dengan cermin dan sponge supaya mudah dipakai dimana-mana
Merawat kulit wajah sambil menutupi cela pada wajah
Melindungi kulit wajah dari UVA dan UVB dengan SPF50

Testimoni Obsess Cosmetics Foundation

Mana nak beli Obsess Cosmetics Foundation SPF50?

Untuk beli Obsess Cosmetics Foundation ni,korang boleh beli melalui :
Instagram: @obsesscosmetics__kl
Whatsapp : 014 512 1425

Secara keseluruhan memang saya fall in love sangat-sangat dengan Obsess Cosmetics Foundation ni.Memang kalau nak bersiap pergi kerja setiap pagi,memang menjimatkan masa saya.Tak perlu dah nak pakai foundation yang tebal-tebal untuk cover satu muka.Cukup sekadar dengan Obsess Cosmetics Foundation setiap pagi.Next artikel saya akan share mengenai produk lain dari Obsess Cosmetics pula ya.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply