Semalam Amni hadirkan diri ke event anjuran KAO Malaysia di Sunway Velocity Mall Cheras,Kuala Lumpur.Majlis yang dilangsungkan secara meriah itu adalah untuk menguar-uarkan penampilan baharu bungkusan tuala wanita jenama Laurier kepada umum.Penampilan baharu bungkusan Laurier kali ini lebih segar dan bergaya sesuai dengan gaya si pemakai yang begitu menitikberatkan tuala wanita yang berkualiti tinggi.
Bungkusan baharu Laurier kali ni direka dan dihasilkan dengan sepenuh kasih sayang dan perhatian bagi menyerlahkan imej dan identiti produk itu sendiri. Tetapi,apa yang lebih menarik, demi memenuhi keperluan dan kepuasan hati pengguna, tuala wanita yang terbaik dari Laurier kali ini mengetengahkan kecanggihan teknologi dan inovasi Jepun, terutama ciri “Ultra Absorbent Core”.
Sembang pasal tuala wanita ni,bagi Amni untuk memilih tuala wanita yang terbaik sangat susah.Tapi bila dah jumpa yang sepadan dengan jiwa,memang akan repeat beli jenama tu juga.Kenapa?Sebab Amni sebelum beli,memang akan teliti dengan sehabis baik ciri-ciri dan kelebihan yang ada pada tuala wanita tu.Paling Amni utamakan ialah samada tuala wanita tu tahan bocor ataupun tidak serta permukaan tuala wanita itu kasar ataupun lembut.
Tapi dengan Laurier, korang tak perlu risau kerana R&D inovatif telah dibuat sebelum pengeluaran dalam usaha menawarkan tahap keselesaan yang terbaik kepada wanita apabila mereka datang bulan.Terbaik kan?
Malah semasa pelancaran semalam, Presiden Kao Malaysia, Encik Masaki Fujiwara berkata, “Sejak 35 tahun lalu, Kao Laurier terus berpegang pada komitmennya – menjaga wanita serta memperkasakan mereka untuk menjalani kehidupan dengan bebas menerusi teknologi dan inovasi Jepun. Laurier serba baharu memberikan wanita keyakinan kerana dapat menjaga diri sendiri dengan baik, menghilangkan rasa bimbang dan ketidakselesaan fizikal sepanjang tempoh datang bulan yang tidak dapat dielakkan.
Jadi,jenama Laurier ni memang dah sinonim sebagai pengeluar tuala wanita yang berkualiti tinggi dan selesa.Amni sendiri zaman remaja dulu pun memang dah pakai jenama ni.Jadi memang dah terlajak yakin dan selesa dengan jenama ni.
Pada majlis pelancaran semalam,memang banyak aktiviti yang kitorang buat.Antaranya sesi fotografi dengan backdrop yang menarik.Sesi fotografi dengan bungkusan baharu tuala wanita Laurier.Ok jom Amni belanja gambar pulak ye.
Apa Yang Menarik Tentang Laurier Bungkusan Baharu?
Haa okai sekarang Amni nak share mengenai bungkusan dan produk tuala wanita Laurier pula.Untuk pengetahuan korang,setakat ini Laurier ada 4 jenis tuala wanita yang direka dengan penuh teliti dan perhatian demi keselesaan wanita sepanjang datang bulan.
Kalau datang bulan,kita paling risau kalau pad kita tu lembap kan?Samalah macam Amni.Sangat tak selesa kalau pad lembap dan basah.Nak bergerak pun rasa terhad je.Bukan apa,risau la kalau TERbocor dekat seluar atau kain.
Tetapi dengan tuala wanita Laurier kali ini direka dengan teknologi Jepun, akan kulit korang akan kekal kering walaupun pada dua hari pertama datang haid.
Quick Lock System – Dwi lapisan udara yang lembut dan kering pantas menyerap dan memerangkap darah haid pada bahagian tengah tuala wanita ini
Diamond Surface pada Laurier serba baharu (kecuali Maxi Non Wing) menawarkan rasa kering yang mengagumkan dengan penyerapan dua kali (2x) lebih pantas, membuatkan wanita rasa lima kali (5x) lebih kering. Tuala wanita ini juga lebih senang dan cepat dicuci.
Kalau bab cuci tuala wanita,Amni pun akan fikir banyak kali.Kalau tuala wanita tu senang dicuci,Amni pun jatuh hati sebab memudahkan kerja-kerja kita sebagai wanita yang tiap kali datang bulan.Tak ada la duduk dalam bilik air berjam lamanya sebab nak cuci tuala wanita semata-mata.
Okai bagi korang yang risau waktu tidur korang terganggu ketika datang bulan,Amni nak share yang Laurier Night Safe Serba Baharu kini menampilkan Ultra Absorbent Core untuk membantu penyerapan maksimum bagi menghalang kebocoran, walaupun pada hari dengan aliran darah yang banyak. Menyerap cecair 2 kali lebih cepat dan memerangkap aliran mendadak di dalam terasnya untuk mencegah kebocoran pada bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur.
Jadi korang tidur la macam mana sekalipun,takkan bocor dan tidak perlu lagi terjaga di tengah malam untuk tukar tuala wanita.Tidur pun nyenyak dan lebih berkualiti kan?hehe.
Laurier Night Safe With Safety Gather
Ultra Absorbent Core Maximum Absorption for leakage prevention
- Menyerap darah haid 2x lebih pantas dan nikmati 5x tahap kekeringan, walaupun pada hari aliran berar anda.
- Padan dengan baik pada badan untuk membantu mencegah kebocoran di bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur.
Secara jujurnya dah masuk tahun ke 10 Amni guna Laurier dan seperti biasa Laurier always my #1 favourite brand during my RED FLAG.
Amni paling suka All-New Laurier Night Safe sebab dengan Ultra Absorbent Core ni, walaupun Amni banyak bergerak pada waktu malam, pad kekal pada tempatnya dan mampu menyerap dan memerangkap aliran cecair yang banyak tanpa sebarang kebocoran!
Paling best, tiap kali nak cuci je senang sebab dengan teknologi terkini, ia mudah dicuci dan menjimatkan masa Amni tiap kali di dalam bilik air.
Korang WAJIB cuba ALL-NEW LAURIER NIGHT SAFE taw! 😁
#LaurierMadeWithLove #AllNewLaurier #LaurierNewStyle #NoLeaksNoWorries
Laurier Night Safe
Ultra Absorbent Core Maximum Absorption for leakage prevention
- Menyerap darah haid 2x lebih pantas dan nikmati 5x tahap kekeringan, walaupun pada hari aliran berat anda.
- Membantu mencegah kebocoran di bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur
Laurier Perfect Comfort Maxi- Maximum Absorbent 360°All Round Leak Guard
- Ciri anti-kerenyuk mencegah kebocoran dan kerenyuk ke tengah.
- Menahan darah haid dari mengembang ke bahagian tepi.
Laurier Perfect Comfort Slim- Maximum Absorbent Hyper Absorption
- Menyerap cecair 2x lebih cepat dan nikmati 5x tahap kekeringan yang tinggi
- Kulit lebih selesa untuk jangka masa yang lebih lama.
Sakan kan bergambar.Haruslah sakan nak-nak bila ada contest.
Sebelum Amni terlupa,Laurier pun tengah jalankan peraduan menarik untuk semua wanita di luar sana bersempena pelancaran bungkusan baharu ni!
Peraduan yang diberi nama ‘Made with Love’ ini membolehkan pengguna berpeluang memenangi hadiah utama berupa percutian 5 hari 4 malam ke Jepun untuk dua orang lengkap dengan jurugambar peribadi! Kalau bini yang menang,anggaplah ianya hadiah honeymoon korang dengan pakej jurugambar sekali taw.Barulah honeymoon tu jadi moment yang terindah dalam hidup korang.
#MadeWithLove Contest
Macam mana nak menang?
1.Pelanggan perlu membeli mana-mana produk Laurier serba baharu bernilai RM20.
2.Tangkap gambar yang menggambarkan definisi “Made with Love” anda dan lengkapkan slogan berikut:
”I feel the love when…”
3.Muat naik gambar anda ke Kao Laurier Facebook page dengan hashtag #LaurierMadeWithLove and tag page mereka.
Gambar yang memiliki LIKES paling banyak bakal menjadi pemenang bertuah!
Memang senang sangat nak menang kan?Jadi korang yang ada angan-angan nak ke Jepun tu,bolehlah join contest ni.Sangat mudah!
Maklumat lanjut, layari Facebook Laurier https://www.facebook.com/kaolaurier/ atau laman web rasmi Kao Malaysia di http://www.kao.com/my/laurier/.
30 Comments
Nice and lovely packaging – so chic and elegant. Sesuai dgn peredaran semasa dan citarasa masa kini ye. And all the best pada yang menyertai pertandingan.
Yes rawlins.Efek remaja sangat taw hahaha
So far, antara banyak banyak brand memang saya pakai Laurier ni. Sesuai dengan saya, selesa dan harga pun affordable. Sebab mengandung kan, dah lama tak beli. Cantik jugak packaging baru dia
Kita geng fadzi hehehe.Brand laurier yang baru ni esp yang nigh tu memang panjang dan tahan dari bocor taw.
Actually Laurier ni memang trusted brand. Dah lama sangat ada brand ni sejak kecik2 lagi. Tp akk kulit agak sensitif jadi utk tuala wanita memang cuma ada 1 brand je yang boleh pakai..
Aah ada sesetengah wanita sensitif jadi kena pandai pilih.
Kiranya memakai pad laurier baru ini beri lebih jaminan cepat kering dan selesa buat wanita ya ? Lepas nie boleh tampil confident biarpon sedang bendera merah. Ye dakk ?
YEs zarif.pad yang berkualiti tinggi seperti laurier ni sangat penting utk wanita yang aktif ketika datang bulan taw.
Bagus shuben u saling support. Untuk wanita inilah info yg bagus utk korang. Tetapi utk laki pun bagus as extras knowledge buat dorg
yes khai.hehehe.memang laki pun wajib tahu benda2 macam ni khai.
The packaging design is creative. Since the function is better now, will get a pack to try it out.
yes please give it try.meamng sangat best pacakaging baru ni taw.
Comel jerk packaging baru laurier ni. Nanti dah boleh cam yang mane satu laurier bila nak membeli nanti
kan.look very feminin taw hehehe
Yeahh,kita pun suka dengan laurier ni..mudah dicuci, selesa je masa pakai. Paling best tak bocor walaupun hari pertama datang..yela selalu first day period darah banyak..hehee. Pulak tu sennag dicuci..
kan kak nad.as woman mmg perlukan pad yang tahan dari bocor taw.
Definitely a great info for woman. And men with girlfriends and wives, perhaps this will be a good info for your other half as well? 🙂
yes tek! everybody should know about this
Cantik packaging dia sekarang.. liez pakai yang overnight 40cm sbb utk kegunaan malam on early period. Beat dan alhamdulillah xbocor walaupun byk
kan.40 cm tu dah panjang gile tu hehehee
now pad dah menaiki satu tahap yg sgt bagus.
byk pilihan utk keselesaan yg berlainan masa, kan.
aida tak guna laurier. guna brand lain. but kesempurnaan laurier ni menarik perhatian.
anak-anak dara aida pun da pe’od, memang every month memborong pad ni byk.
haaa kan.laurier ni memang best since dari dulu lagi.
jenama fav ni. tak pernah guna lain. hahah. harap tak confused bila tgk bungkusan baru ni. yg baru nampak lebih segar.
eh nik heheh sama la.
I’ve never tried this brand before. selalu beli brand libresse je. Next month nk tkr ke laurier pulak la. hehe
mine also libresse,tapi laurier since remaja lagi dah pakai dulu.
Pack baru nampak lebih segar dan juga lebih feminin untuk wanita hehehe kita tak tahu sangat pasal produk ni hehehehe tapi ok lah lebih sesuai untuk wanita lasak…
Cantik dan menarik bungkusan baru Laurier ni. Orang kata tak leh ambil remeh dengan hal tuala wanita ni. Perlu yg terbaik dan elak dari yang diperbiat dari bahan yang kurang bagus.
Ini salah satu brand yang Lia pernah cuba. Memang terbaik juga dan masuk dalam brand pad yang favorite.
kan akak.laurier memang best