Penapis Udara Ni Sama Ke Dengan Penyaman Udara?
Assalamualaikum ❤
Since Amni ada share mengenai cara Amni rawat ekzema Adira dengan menggunakan penapis udara di rumah,ramai yang ingat penapis udara ni macam aircond.Sebenarnya tidak sama sekali.
Okai Amni bagi sifir mudah.
Air conditioner adalah penyaman udara atau penghawa dingin.
Air purifier adalah penapis udara.
Jadi jelas di sini penyaman udara dan penapis udara mempunyai fungsi yang berbeza ye mommies.
Penapis udara Cuckoo lebih kepada mengesan kualiti udara,menyedut udara tersebut,menapis udara tersebut dan kemudiannya mengeluarkan udara yang berkualiti dan bersih melalui 7 sistem penapisan dalam penapis udara tersebut.
Meh tengok gambar di bawah ni.
Kalau Amni nak cerita satu persatu tahap penapisan dia memang sampai ke sudah tak habis.Tapi Amni bagitahu secara ringkas dan mudah supaya korang senang nak faham ye.
Tahap 1: Dikira macam pra-penapisan la.Masa tahap ni sistem akan tapis debu-debu yang kasar dan besar serta bulu-bulu haiwan contohnya.
Tahap 2: Tahap ni pulak sistem akan tapis gas yang merbahaya iaitu Sulfur Dioxide dan Nitrogen Dioxide.
Tahap 3: Lebih kepada penapisan bau-bau yang kurang menyenangkan.Sistem akan tapis ammonia,acetaldehyde,acetic acid,gas merbahaya dan bau yang kurang menyenangkan.
Tahap 4-7: Masa ni sistem akan tapi debu-debu yang sebesar zarah,asap rokok.
Apa yang bestnya penapis udara Cuckoo ni sebab dia ada Plasma Ionizer.Kalau korang nak tahu fungsi plasma ionizer ni tujuan dia untuk menghapuskan debu sebesar zarah yang kecil tu.Hebat ke tak?
Setakat ni faham ke?
Kala tak faham,minum kopi dulu sat hehe.
Ok berbalik kepada penghawa dingin atau penyaman udara tadi tu.
Kalau korang nak tahu penghawa dingin ni lebih berfungsi kepada menstabilkan suhu udara dan kelembapan sekelilingnya.Secara ringkasnya sebab tulah bukak aircond korang sejuk.
Ada yang bukak aircond rasa panas?Kalau ada maknanya aircond korang rosak le tuu hehe.
Malah aircond ni menggunakan kitaran penyejukan.Tapi kalau penapis udara tidak.
Sebab itu penapis udara Cuckoo lebih kepada menghasilkan kualiti udara yang sihat.Bukan kepada memberikan suhu udara yang sejuk dan nyaman seperti aircond.
Rasanya sampai sini dulu.Adira dah meragam.
Next artikel Amni share kelebihan penapis udara Cuckoo yang lain dan kenapa korang wajib pertimbangkannya sebagai satu keperluan pada masa kini.
Thank you sudi baca!
31 Comments
Aida da sekia lama guna penapis udara. Air cond pon ada hi hi hi… Skang udara kita kan fa kutang sihat. Moreover, dok dlm bandar. Udara x sihat tu terkepung di persekitaran kita. Memang perlu la penapis udara.
Betul aida.UDara sekarang sangat teruk.
Okay tak harga penyaman udara Cuckoo ni? Kat rumah rasanya dah rosak Dan perlu tukar baru. Nak cari penyaman udara yng berfungsi dengan baik dengan kelebihan yang banyak. Balik rumah pun tenang kan.
Okai sangat kak lia.Berbaloi2 dan tak membebankan.
Smart penapis udara cuckoo ni. Tengah dalam planning juga nak beli satu penapis udara kat rumah sebab ada anak-anak kecil and tengok rumah macam banyak nya habuk.haha..memang patut kan beli satu? 🤣
Memang wajib grab satu kak miera 😀
Baru taw function sebenar penapis udara ni and how it work. Boleh la lepas ni pasang. Dari haritu asyik pikir je kan, Thanks Amni share pasal penapis udara ni. Baru terbukak sikit hati ni.hehehe
Owh ingatkan sama , rupanya tak sama hihi maklumlah tak guna any penyaman and penapis udara kat rumah ni sebab for now okay je ngeeee tq for sharing
boleh dah riki2 untuk anak tu qaseh hehe
A purifier is a must have, especially when I have kids and pets at home, I notice it really helps clear the air.
YEs agree jia!
dekat rumah kakak ada penapis udara, mula2 tak faham kenapa nak ada aircond dan penapis udara, bukan sama je ke. then kakak ipar explain baru faham. bagus kalau beli bila ada anak kecil and kucing. kakak ipar beli sebab dia ada baby and bela kucing hehe
haa betul ida.kalau ada kucing tu sangat perlu kepada penapis udara ni.
pernah dengar tentang penapis udara by Cuckoo ni. Memang perlu ada terutama untuk yang stay dekat tengah-tengah town sebab udara sekarang kurang bersih kan. Penapis ni berguna terutama kalau anak pula ada penyakit yang sensitif macam ekzema ni. Berbaloi beli
yup sangat berbaloi untuk pelaburan kesihatan yang lama.
Oh saya pun baru tau wak beza penapis dan penyaman udara. Kat rumah maksudnya cuma ada penyaman udara..penapis udara takde lagi. Selama ni saya ingatkan benda yang sama 😛
Hehe tak sama auni sebenarnya.
Ada juga plan nak beli penapis udara. Yela udara yang kita sedut sekrang ni bukannya 100% bersihkan. Memang kena ada penapis udara ni kt rumah
yes betul tu mimi.udara sekarang sangat tak sihat.apa yang kita sedut belum tentu baik.so penapis udara ni mmg satu keeprluan.
Cuckoo memang famous sekarang ni. Penapis udara sebegini famous dekat Korea. Barulah virus membeli air purifier ini merebak ke Malaysia! hehe. Nice entry sis!
Meh visit blog SR: http://www.syazaredzuu.com
Ohh baru tahu jenis penapis udara yang terbaik. Terima kasih diats perkongsian ini. Lepas ni boleh pilih yang terbaik untuk famili
sama2 kak ayu 🙂
Kesian tau ada org2 tua yang ingat sama dua2 ni..mungkin agent tak terangkan kot…tak baik agent2 yang amik kesempatan mcm tu..
Sbb air purifier pun bukannya murah kot
Bagus awak buat artikel macam ni
yeke kak lia?OMG xtahu pun.siannya.
Ya. Sekarang ini kualiti udara memang dah tak seberseih dahulu kan? Sebab tu saya rasa perlulah penapis udara yang lebih baik. 🙂
YEs tek.Sangat perlu
Boleh la AM pasang satu kat rumah pas baca review awak ttg faedah n kebaikkan menggunakan penapis udara nie.. mahal x harganya? Ada leh bayar ansuran bulan2 x?
boleh kak AM.Memang ada plan ansuran bulanan kak AM.
Kalau ada duit lebih nak je belikan utnuk mak dan abah di kampung.. tapi tu la.. belum ada rezeki lebih lagi.. insyaAllah next time.. tapi penapis udara ni penting sangat kan..
Especially kalau rumah ada binatang peliharaan macam kucing ke lagi penting kena ada. Mertua saya ada satu kat rumah dia, sebab ada anak sedara lelah.
bagi saya setiap rumah kena ada lah satu penapis udara yang bagus. saya dulu beli penapis udara sebab memang alah pada udara yang x segar.